WAKTU SEKARANG



DOWNLOAD LAGU TERKINI

EDUWEB TV

eduwebtv

TV

ONLINE NEWSPAPER

BHARIAN

HMETRO

THESTAR

NST

MMAIL

Friday, May 15, 2009


Ini ialah kereta abang aku. Dikenali dengan nama Miji. Seorang kontraktor berjaya sejak dari dulu sampai sekarang. Tak perlulah aku ulas panjang mengenai latarbelakang beliau.
Pengubahsuaian kereta buatan Malaysia jenis Satria keluaran tahun 90-an inilah yang menjadikan aku terjebak ke dalam seni modifikasi tanah air. Bersesaran 1834cc.

Pengubahsuaian ini meliputi keseluruhan bahagian kereta dengan solekan bercorakkan autoshow. Menurut beliau, kereta ini pernah memenangi acara Autoshow anjuran kelab Kereta dan bagi aku, penganugerahan ini amat berbaloi untuk beliau. Tahniah untuk Miji.


Engine Mitsubishi GSR 4G93T bersesaran turbo menjadi pilihan beliau. Salutan crome ini mencecah nilai RM3,000. Di samping modifikasi costum made piping pada engine bay menjadikan pengaliran udara dan boost engine terjaga rapi dari sebarang kebocoran disamping diperkuatkan lagi dengan ikatan sesendi silicon berjenama SAMCO.



Wastegate jenama HKS menjadi pilihan beliau kerana bukan sahaja ia mengeluarkan bunyi engine yang gah namun, ia amat tahan untuk menahan kekuatan boost sehingga 2 bar semasa memecut.




Penapis angin APEXI Twim Fin diberi kepercayaan untuk menjaga kemasukkan udara ke dalam sistem turbo.



Sistem audio jenama MOHAWK yang dilengkapi dengan Power Amp memantapkan lagi persembahan kereta ini dari sudut audio visual.



Bucket seat jenama SSCUS menjadi pilihan beliau disamping steering jenama MOMO RACE akan memantapkan lagi pusingan steering dan pengendalian kenderaan.





posted by Ahmad Saiful Mizan bin Harun @ 12:46 AM   0 comments
Tips Temuduga
Pengenalan Diri:

Biasanya mula-mula dia akan minta kau perkenalkan diri. Kau cerita la pasal parents kau adik-adik kau dan pasal diri kau sendiri. Sila elakkan sifat berlagak.

Apa Yang Perlu Kau Tahu?

1) Kena tahu latarbelakang department yang kau mohon macam :
Siapa nama Ketua Pengarah? Siapa nama Menteri yang bertanggungjawab dan Kementerian apa?

2) Misi dan Visi department yang kau mohon tu?
Apa sasaran BOT (Balance Of Trade) or KPI (Key Performance Indicator) department tu. Yang ini, kau baca general lah tak payah pergi detail. Ambik view je.

3) Update maklumat diri kau.
Kau kena baca paper (Surat Khabar Rasmi sahaja) or tengok Buletin Utama pukul 8.00 malam tu sebab kau kena tau apa yang berlaku dalam Malaysia. Highlightkan berita yang bersangkutan dengan department yang kau mohon.

4) Ambil tau pasal Jawatan yang kau mohon.
Kau kena tahu skop tugas jawatan yang kau mohon tu, apa fungsi dan tanggungjawab jawatan secara general. Jawapan jangan sangat spesifik nanti kau akan terperangkap dengan jawapan kau sendiri. Kau jawab secara umum je. Dia pun faham sebab kau bukanlah tau sangat, sebab kau kan baru je nak mohon. Tapi kalau kau dapat jawab memang bonus lah.

5) Dia biasa akan tanya kau : "Kalau saya ambik kamu kerja, apa sumbangan yang kamu akan bagi?"
Soklan ni memang favorite (10 star)Apa lagi, kau goreng je dan anggap kau sahaja dalam dunia ni yang mahir dalam bidang tu dan kau perlu berlagak poyo dan angkat bakul sendiri. Sebagai contoh :"Saya sangat mahir dalam bidang ni, dan kajian saya ini telah diperakukan oleh lecture saya". Tapi, masa kau nak goreng kau kena make sure kau cakap apa yang kau tahu sahaja. JANGAN cakap benda yang kau tak tau. Nanti kau akan terperangkap juga.Sebagai contoh kau terrer bagi makan Lembu, kau citer la banyak sikit pasal makanan Lembu dan teknik nak bagi makan Lembu dengan logik dan sangat bersemangat. Cerita kau tu biar macam betul-betul jadi.Sebab kalau dia tanya lagi. Kau tak susah sebab semuanya dalam kepala kau. Apa lagi, kau tabur je cerita-cerita ke-poyo-an kau tu dan ke-terrer-an kau tu. Mesti gempak habis. Silap haribulan, penemuduga tu cakap : "Wah! Bagus la kamu ni"*Sebab apa aku cakap camtu :Sebab bukan semua penemuduga yang tanya kau tu tau benda yang kau cakap. Dia pun sama macam kau juga. Cuma yang terrer dia nya sebab dia senang nak gertak kau. Bila kau kena gertak dengan soalan. Kau tergagap-gagap tak konsisten.

6) Soalan seterusnya: "Kenapa kamu mohon jawatan ini?"
Cara nak jawab : Make sure kau masukkan isi belah kasihan, ITU PALING PENTING! Macam keluarga kau takdelah senang sangat, adik beradik pula ramai, dan kau cakap sekarang kerja susah, parents dah tua dan kau kena tampung keluarga juga disamping pinjaman pelajaran kau yang kau kena bayar tu. Tapi jangan melampau sangat sedih. Nanti dia cakap kau ni akan menyusahkan. Berpada-pada lah.

7) Soalan seterusnya : Dia akan tanya kau buat apa sekarang?
Kau kena cakap kau dah kerja tapi kerja biasa-biasa sahaja tetapi kerja tu mestilah relate dengan jawatan yang kau mohon tu. Biar nampak kau minat sangat kerja jenis tu. So, make sure kau creat story yang sharp dan tepat! Story kau kena konsisten. Jangan kejap itu, kejap ini.*Jangan cakap kau tengah menganggur. Jawapan negatif tu. Nampak tak pro-aktif. Kau cakap kau kerja biasa-biasa dah la. Macam tolong makcik kau or apa-apalah janji ada juga benda yang kau buat lepas grad. Baru nampak macam kau ada pengalaman dan kesungguhan nak kerja. Lagipun kalau kau bagitau kerja yang kau tak pernah buat nanti kau akan terkena oleh tipu helah kau sendiri. Jaga-jaga.

8) Lepas tu, dia akan pergi kepada soalan pasal income kerja kau.
Jawapan 10 star : "Saya kerja apa pun tak kisah, janji saya nak cari pengalaman kerja. Tentang bayaran rasanya tak ada masalah. Cukup la buat isi minyak motor buat pergi kerja. Adalah lebih kurang RM30 seminggu. Itu pun tak tentu."*Elakkan menjawab soalan secara direct anwers sebab kau takda peluang nak tarik perhatian mereka.

9) Soalan seterusnya: "Sanggupkah kamu kalau bekerja di Sabah atau Sarawak?"
Jawapan 10 star : "Saya kalau boleh, memang saya nak merantau dulu sebab saya ni masih lagi bujang. So, saya tak ada masalah semua tu." (macam iyer-iyer je kau hahaha) Tapi takpe, kalau betul dapat kat Sarawak or Sabah nanti. Kau mintak lah tukar kemudian. Janji kerja tu perlu diperolehi dahulu.

Tips Penampilan:

1. Pakaian kemas dan formal. Jangan seksi. Kau bukan nak keluar date pun.
2. Rambut kena potong pendek bagi lelaki. Berserabai taknak.
3. Jangan pakai bauan yang melampau bagi perempuan (naik rimas nanti).
4. Setiap jawapan kau diakhiri dengan senyuman mesra (ini penting untuk tarik perhatian penemuduga)
5. Banyakkan ucapan terima kasih. Contoh bila dia suruh kau duduk, jangan lupa berterima kasih.
6. Bagi salam pada yang muslim.
7. Cara kau dengan mereka masa interview tu, kau treat mereka ni macam Raja.*Apa yang susahnya interview ni..? Kau hanya perlu berlakon paling kuat 1 jam disamping otak kau tu perlu fresh dan bersedia untuk menjawab. Kau tanam dalam hati kau. "Eleh! kalau aku tak dapat pun takpe!"Ayat tu boleh kurangkan rasa gemuruh kau. Sebab yang buat kau gemuruh tu ialah perasaan kau tu yang terlalu berharap.

*Amaran Keras:
Jangan senyap atau tak menjawab soalan.
Kalau tak tahu, kau jawab "Tak pasti lah saya tapi setahu saya ...bla bla."
Kau kelentong je lah labu... janji ada juga jawapan.
posted by Ahmad Saiful Mizan bin Harun @ 12:30 AM   0 comments
SELAMAT HARI GURU!
Saturday, May 2, 2009


Hari Guru bakal datang lagi! Tinggal 14 hari lagi sambutan hari guru untuk tahun ni. Aku nak ucapkan terima kasih kpd semua cikgu2 yang telah mengajar aku dari aku kecik sampailah sekarang. Jadi cikgu zaman sekarang ni bukannya senang, banyak benda yang dibuat disalah erti oleh ibu bapa...

P/S: Gambar kat atas semasa sambutan hari guru tahun lepas :-)
posted by Ahmad Saiful Mizan bin Harun @ 4:02 PM   0 comments
Johan Bowling Anjuran PKG Semenyih 2009 - Sabtu, 25 April 2009


Pada Sabtu lepas, aku (gambar no 2 dari kiri) bersama-sama dgn cikgu-cikgu sekolah aku masuk pertandingan boling anjuran PKG Semenyih. Sungguh tak sangka kitorang berjaya menjadi JOHAN.
posted by Ahmad Saiful Mizan bin Harun @ 2:29 PM   0 comments
About Me

Name: Ahmad Saiful Mizan bin Harun
Home: Kajang, Selangor, Malaysia
About Me: i am a simple guy with a complicated life :)
See my complete profile
LOKASI ANDA

IP

SHOUT BOX

Free shoutbox @ ShoutMix
E-MEL

Yahoo

Hotmail

MSN MESENGGER

YAHOO MESENGGER

RUJUKAN GURU

ICTL

PPSMI

CDRI

EKIOSK

scripts

SUKATAN

TVP

TUKARGURU

rph

Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

© 2009 MIZAN'S BLOG Template Edited by Ahmad Saiful Mizan