WAKTU SEKARANG



DOWNLOAD LAGU TERKINI

EDUWEB TV

eduwebtv

TV

ONLINE NEWSPAPER

BHARIAN

HMETRO

THESTAR

NST

MMAIL

Manusia Mudah Lupa
Tuesday, August 18, 2009
Manusia mudah lupa
Tidak mengenal erti syukur
Atas pemberian Yang Maha Kuasa
Ke atas hamba-hambaNya

Manusia mudah lupa
Selalu tamak haloba
Mencari harta merata-rata
Sampai sanggup kehilangan keluarga

Manusia mudah lupa
Tidak sembah kepada Tuhannya
Siang malam dibiar begitu sahaja
Membuang masa dengan sia-sia

Manusia mudah lupa
Dunia hanya pinjaman sementara
Kepada hamba oleh Tuannya
Untuk melihat siapa penderhaka

mizanupm.blogspot.com
Tugasan 3

Labels:

posted by Ahmad Saiful Mizan bin Harun @ 3:17 AM  
3 Comments:
  • At August 21, 2009 at 5:18 PM, Blogger NoR NaJwA said…

    Wahai Teman...

    Manusia akan lupa
    pada indahnya dunia
    pada manisnya ketawa
    pada mewahnya harta
    pada lucunya cura
    pada hebat akalnya
    pada warna cinta
    pada rezeki yang ada...

    Manusia akan ingat
    bila mereka derita
    bila mereka kecewa
    bila mereka bertangis hiba
    bila mereka ditimpa bala
    bila mereka sudah tua...

    Ketika itu
    Tuhan tetap bersama
    Tuhan tetap menerima
    apa sahaja dosa
    kerana
    Dia Pencipta Yang Esa

     
  • At August 22, 2009 at 10:34 PM, Blogger IRAWATY said…

    Manusia pasti akan lupa
    Ketika senang dan kaya
    Ketika bahagia dan suka
    Selalu lupa pada yang kuasa
    Yang memberi nikmat pada mereka

    Ingatlah kita
    Selalu pada yang maha Esa
    Syukur pada nikmat pemberianNya
    Tabah hadapi segalanya

    Hidup ini tidak lama
    Hargai segalanya
    Pasti akan hilang sekelip mata
    Tanpa kita duga
    Bila-bila masa
    Dimana jua

     
  • At August 23, 2009 at 5:39 AM, Blogger Habsah said…

    mengembara di bumi tuhan
    mengaut rezeki di perut bumi
    yang tak ternilai
    memungut hasil di samudera dalam
    yang tak pernah surut
    namun pernahkah
    manusia bersyukur
    dengan nikmat yang tak bilang
    menghirup udara segar
    dengan percuma
    meneguk air penuh nikmat
    dengan rahmat tuhan
    yang pemurah lagi pengasih
    semoga kita jadi makhluk
    yang bersyukur
    yang sujud
    yang istiqamah
    kepadaNya..

     

Post a Comment

<< Home
 
About Me

Name: Ahmad Saiful Mizan bin Harun
Home: Kajang, Selangor, Malaysia
About Me: i am a simple guy with a complicated life :)
See my complete profile
LOKASI ANDA

IP

SHOUT BOX

Free shoutbox @ ShoutMix
E-MEL

Yahoo

Hotmail

MSN MESENGGER

YAHOO MESENGGER

RUJUKAN GURU

ICTL

PPSMI

CDRI

EKIOSK

scripts

SUKATAN

TVP

TUKARGURU

rph

Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

© 2009 MIZAN'S BLOG Template Edited by Ahmad Saiful Mizan